Assalamualaikum wbt.
Kali ini merupakan kali ketiga pertemuan kita. Diharapkan masing-masing sudah dapat membiasakan diri dengan rakan-rakan sekelas yang ada dan diharapkan hubungan kita akan lebih erat dan mesra pada minggu-minggu yang akan datang.
Pada minggu ini, ilmu yang paling berharga yang dikongsikan oleh Dr.Fariza kepada kami adalah berkaitan dengan penggunaan Google Drive dimana aplikasi ini dapat membantu kita menyimpan segala nota ataupun maklumat secara sistematik dan teratur. Selain itu kami juga diperkenalkan dengan penggunaan Google Slide dimana kedua-dua sistem ini membenarkan kita untuk berkongsi maklumat dengan rakan yang lain. Hal ini dapat membantu para pelajar untuk mengadakan sesi perbincangan dan juga menyiapkan segala tugasan dengan mudah tanpa berjumpa secara bersemuka kerana pelajar boleh menyiapkan tugasan hanya sekadar di atas talian. Menerusi ilmu ini barulah saya mengetahui bagaimana cara untuk memudahkan segala kerja di samping dapat menjimatkan masa.
Seterusnya pada minggu ini seperti biasa kami telah diberi tugasan secara berkumpulan di mana kami perlu memilih lima tajuk iaitu:
Wakil daripada setiap kumpulan telah diminta untuk mencabut undi untuk menentukan tajuk masing-masing dan kumpulan kami telah mendapat tajuk kemahiran abad ke-21. Kami telah diminta untuk membuat perbentangan mengenai tajuk ini pada minggu yang akan datang.
Bercerita serba sedikit tentang kemahiran abad ke-21. Kemahiran ini sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi dunia dan melibatkan semua bidang dan tidak ketinggalan juga dalam bidang pendidikan. Pendidikan abad ke-21 m
Seterusnya, bagi tugasan ini kami telah diminta untuk mencari maklumat berdasarkan jurnal. Antara medium yang digunakan dan cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberi adalah dengan membuka laman web Google Scholar dimana melalui web ini segala maklumat dan info adalah lebih meluas kerana melibatkan maklumat daripada seluruh Negara dan kebanyakkan maklumat dalam bahasa Inggeris. Antara cara lain adalah dengan melayari jurnalarticle.ukm.my. Dengan melayari web tersebut, pelbagai maklumat yang boleh kami dapat dengan cara yang lebih sistematik kerana setiap maklumat yang ingin dicari boleh diasingkan pencarian melalui tahun bilakah yang kita perlukan untuk sesuatu petikan, tajuk petikan yang diperlukan, "FULL TEXT" untuk setiap petikan amat penting kerana setiap maklumat diperlukan dalam mengeluarkan isi-isi penting dalam pembentangan pada minggu hadapan.
Akhir sekali, diharapkan segala tugasan yang diberikan mampu saya laksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan yang lain. Semoga perbentangan pada minggu hadapan berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.

- Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
- Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
- Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security)
- Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)