Khamis, 29.09.2016.
Assalamualaikum wbt.
Bagi minggu kedua ini, pensyarah iaitu Dr.Fariza Khalid tidak dapat menghadirkan diri tetapi para pelajar diwajibkan hadir bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan diberikan melalui open learning . kami diminta untuk membentuk kumpulan ataupun secara berpasangan untuk menyiapkan tugasan pada hari ini.
Saya telah berpasangan dengan Syafiqah untuk melaksanakan tugasan ini. Kami telah diminta untuk mencari maksud :
1.Learning Management System (LMS)
2.Course Maanagement System (CMS)
3.Sumber perisian percuma untuk LMS dan CMS
4.Perbezaan antara LMS dan CMS
Setelah menyiapkan kesemuanya, kami menghadapi kesukaran untuk memuat naik dokumen ke dalam open learning. Tetapi dengan bantuan rakan sekelas, kami Berjaya melakukannya.
Melalui pencarian maklumat barulah saya tahu bahawa Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) mempunyai kegunaannya tersendiri yang digunakan di dalam sektor pendidikan seperti pengurusan dalam universiti. Kedua - dua sistem ini digunakan untuk berinteraksi secara dua hala di alam maya. Sebagai contoh e-pembelajaran Ifolio yang digunakan di Univesiti Kebangsaan Malaysia. Secara umumnya, (LMS) merupakan satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar. Kebanyakan sistem (LMS) yang berasaskan web dan boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana jua. Manakala, (CMS) merupakan satu sistem dalam talian yang bertujuan untuk membantu pensyarah menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web kepada para pelajar supaya pelajar mudah untuk berinteraksi dengan pensyarah. Ini merupakan salah satu cara pelajar dan pensyarah berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu berjumpa. Oleh hal yang demikian saya yakin bahawa LMS dan CMS merupakan sistem yang paling mantap untuk terus digunakan dalam bidang pendidikan.