Khamis , 22.09.2016
Assalamualaikum wbt.
Hari ini merupakan kelas pertama bagi citra Komputer Dalam Pendidikan bagi sesi 2016/2017. Sebelum ini di matrikulasi, Sains Komputer merupakan salah satu subjek wajib yang perlu saya ambil. Banyak perkara dan benda baru yang saya pelajari termasuklah programming. Saya amat menyukai dan berminat dengan mata pelajaran yang berkaitan dengan komputer ini. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk mengambil subjek citra GGE1123 ini sebagai citra saya bagi sem 1.
Sebelum memasuki kelas ini, besar harapan saya agar subjek ini dapat menambahkan lagi ilmu-ilmu saya berkaitan teknologi semasa. Hal ini kerana, , seiring dengan peredaran masa , perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran kepada masyarakat dan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan.
Dan pada sesi yang pertama ini kami telah diminta membuat satu portfolio menggunakan Weebly. Sejujurnya, sebelum ini saya hanya membuat blog menggunakan blogspot tanpa mengetahui kewujudan software lain. Saya amat gembira kerana dapat mempelajari perkara yang baru pada hari ini. Selain itu, pensyarah yang mengajar iaitu Dr.Fariza juga dapat menarik minat saya dan rakan-rakan yang lain untuk meneruskan sesi pembelajaran. Beliau mengajar dengan baik dan perlahan agar setiap langkah yang ditunjukkan dapat diikut oleh para pelajar tanpa ada seorang pun yang tertinggal.
Tuntasnya, kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya dalam pembelajaran ‘online’. Oleh hal yang demikian , seorang pendidik haruslah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Sekian terima kasih.