Assalamualaikum.
Kelas pada minggu ini berjalan dengan lancar dan amat menarik sekali di mana kami telah mempelajari sesuatu yang amat menarik dan sangat baru pada saya iaitu Dr.Fariza memperkenalkan tentang AURASMA. Dr.Fariza telah memperkenalkan kami dan meminta kami untuk memuat turun satu aplikasi iaitu AURASMA STUDIO. jujur saya katakan saya tidak pernah tahu akan kewujudan aplikasi ini. AURASMA merupakan satu aplikasi realiti yang mengubah cara berjuta-juta orang untuk melihat dan beriteraksi dengan dunia. ia adalah satu-satunya aplikasi mudah alih yang membolehkan kita membuat dan dan berkongsi pengalaman realiti kita sendiri. Pada minggu ini pembelajaran kami berkonsepkan pengajaran dan pembelajran kreatif.
Pada minggu ini, satu program Minggu Pembelajaran Kreatif telah berlangsung di UKM di mana Dr.Fariza telah menjadi wakil pensyarah daripada Fakulti Pendidikan dalam pertandingan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (p&p) Terbaik. Oleh yang demikian, semasa sesi pembelajaran dua orang juri telah hadir untuk sesi penjurian. pada waktu inilah Dr.Fariza telah memperkenalkan kami dengan aplikasi Aurasma. Dr.Fariza telah memberi beberapa helai kertas yang terdapat gambar di atasnya. kami diminta untuk membuka aplikasi Aurasma di dalam telefon bimbit dan 'scan' gambar yang diberi. apa yang menakjubkan kami ialah gambar itu telah bertukar menjadi sebuah video yang sangat menarik di dalam telefon bimbit kami. ianya merupakan sesuatu yang sangat mengujakan dan terasa seperti 'magic' telah berlaku. para juri juga mengambil kesempatan untuk melihat sendiri bagaiman aplikasi ini berfungsi. melalui video yang kami lihat tadi, sebenarnya kami telah diberi tugasan kumpulan di mana tajuk yang pelru kami bincangkan telah tercatat di dalam video.
Ahli kumpulan saya adalah Nur Syafiqah dan Ain Najihah. kami diminta untuk membuat perbincangan tentang tajuk M-Pembelajaran dan membuat pembentangan mengenai tajuk tersebut. Di sinilah kami juga telah diajar untuk menggunakan Google Slide yang membolehkan kami menyiapkan kerja kami dengan mudah dan cepat. seterusnya, kami diminta untuk membuat pembentangan dan pembentangan berjalan dengan lancar.
Sejujurnya, pembelajaran pada minggu ini sangat menarik dan diharapkan pembelajaran yang seterusnya juga dapat menarik minat saya dan rakan-rakan untuk terus belajar perkara yang baru.
sekian terima kasih.